Sunday, December 21, 2014

Kembali

Taktahu kenapa post entry tajuk seperti itu. Tetapi kita biarkan saja, ada benda lagi penting yang perlu kita lihat. Sungguh, aku pun tak faham keadaan sekarang. Ingat aman dah hidup, rupanya ada lagi orang-orang baik yang masih 'sayang' sebab ambil tahu apa aku buat, kihkihkih :D

Kalau masih buka blog ni hari-hari, alhamdulillah terima kasih sebab masih sudi dan masih ingat sehingga hari ini. Nak marah pun tak sampai hati sebab dah jadi lumrah hidup manusia. Cuma nak pesan, kita tak selamanya di dunia ni. Jangan buang masa ambil tahu perihal diri ni, lebih baik kita sama-sama tingkatkan diri untuk sesuatu lebih baik, kan? Dunia dah akhir zaman ni...

Aku bukanlah baik seperti malaikat, sungguh itu bukan aku. Sekalipun aku nampak baik di mata manusia yang lain, itu mungkin sebab Allah masih menjaga aibku supaya aku tak rasa malu bila dengan manusia. Ye, aku banyak salah, aku jahil, banyak dosa aku ni yang tak tertanggung. Tapi aku taknak kau turut serta seperti aku dan menjaja cerita yang tak tentu. 

Kau kenal aku bukanlah sedekad. Tempoh kau kenal aku mungkin dalam beberapa ketika. Tetapi hebat sungguh dirimu sebab lebih mengenali aku sehingga mampu memberi amaran kepada yang lain mengenai aku. Tetapi, betulkah apa yang disampaikan? Yakinkah engkau? Sejauh mana pengetahuanmu mengenai kisahku? Aku tahu kau akan berkongsi kisah yang aku tulis ini dengan saudaramu yang lain. Takpe, aku tak kisah pun. Sebab mungkin ini sahaja medium yang ada untuk aku bermadah denganmu.

Seronok mengata tentangku? Tak mengapa, semoga Allah sentiasa bersama kalian. Aku tak rasa aku rugi apa-apa, aku rasa aku lagi kuat dari sebelum ni. Terima kasih wahai saudara. Sesungguhnya Allah bersama kita.




Nah, untuk awak. Saya tak rugi apa-apa sebab awak cuma manusia. Apa yang Allah lihat tentang saya itu lagi penting. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya *senyum lebar*


"Hari ini,belajarlah untuk menerima semua dengan hati terbuka & berlapang dada.Jangan membenci sesiapa.Mereka yang hadir dalam setiap episod hidup kita dihantar oleh Allah Azza Wa Jalla bersebab,untuk menjadikan kita ‘manusia’ & sedar tujuan kita dihidupkan adalah untuk menjadi ‘hamba’.Ceria-ceria.Senyum sentiasa.Selamat hari indah,semua.." - Dr. Anwar Fazal


p/s :  Banyak lagi benda boleh buat sebenarnya selain daripada ambik tahu pasal kisah aku dengan Akhir tu. Buang masa je weh buang masa. HAHAHAHAHAHA :"D

No comments:

Post a Comment

Thank you for sharing your thoughts!