Monday, November 24, 2014

Bila Mana Allah Tunjuk Rasa Sayang.


Siapa sangka aku kembali di sini? Mungkin ada yang menjengah setiap hari tetapi mesti dengan penuh rasa duka sebab tiada sebarang kata-kata yang ditinggalkan untuk beberapa bulan ini. Hidup penuh dengan cerita dan semuanya tanpa kita duga kerana Allah lebih mengetahui.

Ehem, terlalu berbakukah ayat di atas? HA HA HA, tolong gelak sebab itu bukan saya. Cuma memberi keseronokan mukadimah dipermulaan cerita. Sekali lagi, ini bukan saya. Kalau nak diringkaskan kisah hidup untuk beberapa bulan ini, semuanya sungguh mencabar dan ada yang tak pernah dibayangkan dalam hidup. Tapi Alhamdulillah, Allah sentiasa disisi. Kau makbulkan doaku supaya setiap apa yang ku hadapi dipermudahkan dengan izin-Mu. Terima kasih Yang Satu.

Namun ada sedikit corentan yang perlu dicoretkan di sini supaya bila masa akan datang lebih mudah untuk dikenang. (hasil karya Syaza Shakespeare)


Beberapa bulan yang lepas, yakni pada awal bulan 7 dalam bulan Ramadhan dukacitanya diri ini terpaksa merelakan diri untuk masuk ke hospital. Atas sebab yang tak pernah terfikir dek akal sepanjang aku hidup ni. Tapi kuasa Allah siapa yang mampu menghalang. Hampir seminggu kucar kacir hidup sekeluarga kerana seorang Syaza, tapi alhamdulillah Allah bantu dari segenap sudut.

Kalau nak ikut kisah bermula begini, aku baru je balik dari Riau beberapa minggu sebelum masuk hospital ni dan lepas tu sibuk memanjang dengan aktiviti kolej. Few days after I came back from Riau, I have to attend our Majlis Watikah for Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015. To be honest, penat masa tu tak hilang lagi. Dengan kaki masa tu lebam (kena kat Riau, ni nanti-nantilah cerita) sampai tak boleh pakai heels. Makanya seorang Syaza redha jugaklah pergi, tak habis kat situ ada meeting kat kolej di malam hari dan sahabat kolej masuk hospital. Al-kisah kawan-kawan masuk hospital dah macam apa je sebab muka aku je yang pergi hantar surat GL memasing sudahnya aku dapat untuk diri sendiri jugak. Apekah?

Cukuplah dekat situ. Sehari sebelum aku rasa sakit ni sahabat sendiri pulak accident. Allahu, asyik orang yang terdekat je sakit masa tu. Sebab tu masa awal bulan puasa aku sejujurnya rasa tak sedap hati, rasa sayu je dan rasa macam ada benda nak jadi cuma tak dapat nak predict je. Back to story, panjang nak cerita kisah kawan aku accident ni. Yang penting masa tu, tengah azan maghrib orang nak bukak puasa haa ktorang masih lagi di tepi jalan menemani kawanku itu. Bukan siapa pun, si Supinah yang accident mahu tak terkejut. Yang buat kena bawak ke hospital sebab dia tak dapat gerakkan kaki dia, takutlah jadi apa-apa kan baik bawak je pergi hospital.

Thanks to brother yang sampai dulu sebelum kami sampai dan settlekan apa yang patut. Lepas tu akulah yang ambil alih teman si Supi dengan sorang lagi sahabat yang accident tadi ke hospital. Pertama kali seumur hidup buka puasa lambat, tak rasa nak makan walaupun angin dah menguasai segenap perut masa tu. Berharapkan agar beberapa biji kismis yang ditelan masa tu dapat membantu tahan perut masa tu. Tapi malangnya tak jugak sebab aku dah lambat sangat berbuka masa tu.



Alhamdulillah, Supinah dan sahabat kami ni tak kena admit hospital dan bolehlah balik ke rumah. Al-kisah jugak masa tu baru minggu pertama dalam semester 5 dah ada benda-benda tragis. Sedih betul. Malam tu jugak mak ayah Supinah datang bawak dia balik ke Sungkai. Dan aku masa tu dah penat ya rabbi terus balik rumah. Ingat habis kat situ dah, alih-alih Samad call ajak keluar. Masa tu nak dekat pukul 11 dah kot. Aku pesan kat dia kalau nak ajak keluar kena belanja dan nak lepak tempat yang dekat-dekat je. Dan dia kata OK. Bersiaplah seorang Syaza masa tu demi si Samad yang datang dari Ipoh sebab Supinah accident tadi kan. Tapi dia tak expect Supinah balik Perak malam tu jugak. Well, malam tu perut dah rasa semacam dan makanan langsung tak boleh nak diterima oleh perut tapi aku tetap makan jugak sebab lapar sangat.

The next next day, yes perut aku terus sakit dan taknak tolerate langsung dengan aku. Bila masuk toilet, takde pulak nak keluarkan apa-apa yang perlu. Terpaksa jugaklah aku hadap sakit yang masa tu aku ingatkan gastrik. Dalam hati, "Ohh, macam ni ke rasa gastrik. Tapi kenapa teruk sangat tak macam orang lain?". Nak nangis dah masa tu. Hari Rabu terpaksa attend mesyuarat MPP which is memang mesyuarat mingguan. Sebelum tu dah pergi klinik dan doktor pun kata gastrik. Tapi tetap teruskan puasa sebab masa tu aku boleh bertahan lagi. Hari Khamis, terpaksa buka puasa awal sebab perut taknak bagi kerjasama. Lagipun masa tu tak sedar masa sahur. Hmm teruk jugak aku nii kan hahaha. And on that day aku mintak kakak aku ambik bawak balik Kajang sebab Jumaat nak balik Tapah.



Along the way nak balik Tapah masa hari Jumaat tu, macam orang sakit period pain sebab aku asyik tekan je perut aku ni. Sakit dia ya Allah, Dia je yang tahu masa tu. Memang dah menitik jugak air mata cuma dapat dicover. Sebab masa tu memang expect gastrik tapi level teruk. Abah mintak drive pun aku surrender sebab asyik tekan je perut so cemana nak drive? Sampai je Tapah memang moody habis sebab perut sakit. Nasib baik sampai lepas buka puasa so aku terus tidur sebab nak hilangkan rasa sakit tu. The next day, Sabtu mintak mak abah bawak pergi klinik balik sebab tak tahan sangat dah. Berharapkan doktor tak cakap yang bukan-bukan tapi malangnya dia cakap benda yang sama yakni gastrik. Well kalau sakit kat perut memang sinonim dengan gastrik. Tapi ni kenapa teruk sangat? :"(

Lepas pergi klinik balik rumah tidur sebanyak mungkin sebab masa tu puasa kan so tak boleh makan ubat. Tidur je ubat dia masa tu. Lepas buka puasa pun tidur lagi dan sepanjang aku tidur, aku tidur dalam keadaan meniarap ye. Dari rumah sewa sampailah ke Tapah keadaan aku begitu. Sadis sangat sampai adik beradik aku pun taktau nak buat apa masa tu. Bila nak dekat pukul 11 malam aku bangun balik sebab nak tukar baju. Tak tahu kenapa, tapi rasa nak batuk yang melampau-lampau kat dalam toilet masa tu. Sudahnya, segala isi dalam perut aku keluarkan. Nasib baik sempat tukar baju masa tu, fuhh. Ingatkan sekali je muntah, the second time ni memang tak akan dilupakan sampai bebila sebab terus keluar darah. Bukan darah yang jenis cair tapi darah versi jelly tu kalau nak bayangkan bentuk dia macam mana. Ada dalam besar tapak tangan aku ni haa.

Masa tu jangan cakaplah, dah keluar air mata ni. Dalam hati duk fikir apa aku buat, ada salah makan ke sampai teruk macam tu. Kebetulan buka pintu toilet abah tengah tengok tv, so dalam tangisan panggil abah cakap muntah darah. Dan seluruh isi rumah yang ada masa tu keluar dari bilik. Terus abah cakap, "Siap-siap pergi hospital." Tadi dah tukar baju kan? Haaa terpaksalah tukar baju balik masa tu. Sempat lagi aku pesan kat kakak aku mintak cucikan muntah-muntah dalam toilet tu sebab dah penuh dengan darah. Sampai je hospital terus doktor tanya memacam, "Awak ada makan apa-apa yang berwarna merah ke? Air sirap ke?". Aku jawab dengan geleng je sebab masa tu terus takde mood dan paling tak boleh lupa doktor pegi check tempat paling aku tak expect masa tu. Nak nanges weii serious nak nanges masa tu. Rasa nak lari dari hospital pun ada jugak tapi aku kuatkan semangat.

Malam tu, terpaksalah seorang Syaza tidur di hospital kesepian. Nasib kakak den teman admit masa tu sebab mak balik ambik barang yang patut. Terpaksa lagi tukar baju, kali ni pakai baju hospital pulak. Habis redho dah. Bila dah dapat handphone di tangan, sadis line internet tak berapa nak megah tapi nasib baik dapat Whatsapp kepada mereka yang perlu tahu kondisi aku pada ketika itu dan mereka semua like , "WHATTTTTTTT?!?!?!?!?! Syaza masuk hospital? Kat mana? Sakit apa? Kenapa dia pulak? Wad no berapa? Bila admit? Blablablabla.." Dan aku masa tu hanya mampu bagitahu aku admit je yang selebihnya tak mampu nak tambah sebab admit masa tu dah pukul 12 tengah malam pun. Off handphone dan cuba untuk tidur.



Di pagi hari, macam biasa masuk air, doktor datang check apa semua dan bermulalah episod "Awak tak boleh puasa". Terpaksalah makan jugak sebab orang kat hospital yang tak bagi. Dua malam aku dekat hospital Tapah masa tu. Jadi dua malam sebab weekend doktor takde so tak dapat nak discharge. Ade doktor, cuma bukan doktor yang bertugas so dia tak bagi discharge. Dan dari situ jugak aku bukak cerita bagitau aku ada ambik insurans sebab doktor suggest masuk hospital swasta. Mak dah risau dah masa tu sebab nak fikir duit kena masuk hospital lagi. So, bila dah bagitahu mak abah pun okay je bagi pindah hospital kat Kajang. Thanks to Adan and Supinah sebab datang jenguk kat hospital masa tu and also to mak Akhir dan ateh sebab datang jugak.




Nak tahu lagi? Hmm, nanti sambung jari dah penat menaip hahaha :P