Saturday, September 5, 2015

Decision


  Life is pretty tough now. I never thought it would be like this. Lagi teruk rasa dia daripada orang putus cinta, hahaha. Eh, tapi bukanlah teruk sangat aku ni suka je nak hiperbola ish ish. Bulan Ogos tahun ni adelah bulan paling super busy bagi insan bernama Syaza. First and second week of August, kinda miserable sebab something unexpected jadi sebab abah masuk hospital tetiba. Masuk kat Tapah then discharge masuk kat KPJ Kajang. Sama je kisah macam aku kan, cumanya kali ni abah lagi teruk la. Sebab pasal jantung, wehh seriau je rasa. Tapi tak nak la cerita lebih, abah pun dah okay dan dia dah start kerja sekarang. Alhamdulillah. Cumanya kena jaga makan and finally abah dah stop smoking. Hopefully abah dapat kuatkan semangat, sebab aku tahu bukan senang nak stop.


  Not only that, aku kena tolong settlekan segala urusan adik aku nak fly ke Ireland next two weeks. Sedar tak sedar, nak fly dah budak sorang tu. Memang rezeki Dia, Alhamdulillah. Aku? InsyaAllah satu hari nanti, tak mustahil kan?


  Jadi sekarang ni aku masih dalah dilema, sama ada nak sambung belajar atau pun kerja. The first planning of course I want to further my study. Nak habiskan segala usaha sebelum ni, tapi nampaknya Allah belum nak bagi rezeki ke situ. By the way, I've got an offer to work in one of the bank in Malaysia. Sounds macam best je eh, hahaha. Tapi aku taktau sama ada aku ni dah bersedia ke belum nak masuk ke bidang kerja. Aku rasa macam komitment tu belum fully 100%. Biaselah, jiwa muda kan. But at last, I choose to work. Sebabnya satu adik aku nak fly, nak guna duit. Adik aku lagi sorang pun dah start sambung belajar, so duit lagi. Adik aku yang bongsu tu pun insyaAllah nak sambung belajar tahun depan. Jadi kalau aku sambung study jugak, terasa macam diri ni selfish. Cukuplah diploma ni dulu, nanti kita sambung kemudian. Nak kejar ilmu ni tak kenal usia, betul tak?


  Kadang-kadang macam sedih jugak tengok kawan yang dah habis study ni sambung degree kat ipta/ipts. Tapi kena fikir positif je laa, rezeki manusia Allah bagi lain-lain dan mesti ada hikmah yang kita tak tahu. Jadi tak boleh nak expect semua benda sama dengan semua orang. Kalau nampak orang tu dah sambung belajar, kau sendiri jadi depress kenapa tak sambung. Tapi kalau sambung benda tu kau tak boleh nak terus kan (I mean if it is not the right time), tak boleh jadi jugak kan? Tapi jangan lupa doa dekat Allah, mintak petunjuk dekat Dia. Cuma kita ni pun kena ada usaha jugak, mampu ke nak mereput lama-lama kat rumah? *tanya diri sendiri*

  And finally, aku rasa sekarang aku dah bebas dengan perasaan aku sendiri. Tahniah Syaza! Alhamdulillah, Allah hantar seseorang untuk 'wake up call' kepada diri aku ni. Hahahaha, rasa seronok jugak laa sebab boleh kongsi semua cerita dan dia tolong 'ajar' sikit aku ni. Thank you Doc! Kalau ada jodoh, insyaAllah. Kalau takde, awak tetap doktor saya :D

  Lastly, Isnin ni 7 September 2015 bermulalah perjalanan aku sebagai orang pekerja dan bukan lagi pelajar. Doakan segala urusan aku ok semua? Semoga lepas ni korang boleh nampak aku update dekat blog lagi ke kalau tak sibuk, hihihi.

Allahumma yassir wala tuassir. Rabbi yammim bilkhair.. Amin InsyaAllah..





p/s :  Agak-agak kalau nak go on dengan Encik Doktor boleh? :P *soalan serious*

Saturday, July 25, 2015

Sambung Belajar atau Kerja?

Nama je dah habis belajar, patutnya boleh spent time dekat blog tapi yang hadoooo. Tak rajin bukak laptop sangat dah sekarang ni. Nak update dekat handphone macam tak berapa nak puas hati pulak kan. Tapi ni tengah update dari handphone laa ni sebab dah teringin sangat. Tapi kena kuatkan semangat taip sampai habis takut aku duk postpone je lepas tu tersadai dalam draft.

Aku ni dah dekat dua bulan jadi penganggur tersohor dekat rumah. Macam biasalah kerja dekat rumah, masak, cuci baju, jemur baju, lipat baju, iron baju, kemas bilik, etc etc. Huwaaaaa boleh buat sakit kepala mengadap semua ni. Tambahan bila semua benda dah settle aku jadi mati kutu taktau nak buat ape dah dekat rumah. Makin lama makin serabut sebab sensorang dekat rumah kan, berkawan dengan kucing aku je time siang. Nak cari kerja, sebelum ni bulan puasa so aku bertahan je laa kejap. Tapi ni, dah raya dah pun aku rasa tak boleh berterusan begini. I need to do something.

So, aku luangkan masa edit resume. Berpuluh kali jugak laa aku edit kan sebab nak recall balik segala apa yang aku dah buat sebelum ni, walaupun tak banyak tapi nasib baik ada :P Dah siap resume ape lagi email laa kat mana-mana tempat yang aku berminat. I have to admit that aku banyak email dekat tadika sebab aku rasa macam nak beralih arah kejap. Nak cuba jadi cikgu tadika tu macam mana. Alhamdulillah, dapat satu interview dekat Bandar Sri Putra. Sebenarnya aku ingat dekat dengan area rumah aku. Sekali bila waze, aduhaii siap ade tol lagi tu. Tapi takpe laa, aku pergi jugak interview tu. Mungkin rezeki, aku diterima dekat tadika tersebut.

Kenapa tergerak hati ke sini?  Entah lah, Allah yang gerakkan hati ke sini. Walaupun gaji dia tak banyak, bukan itu yang aku pandang. Mungkin ada 'sesuatu' yang aku akan belajar dekat sini. Tukar environment baru pulak, so takde hal kan. Actually i was planning to further my study in September. Tapi aku rasa aku masih belum ada keputusan nak sambung ke mana. Ke ipta atau ipts. Both ada pros and cons dia dan membuatkan fikiran ni tak pernah habis tentang tu. Lagi sakit nak fikir benda ni dari benda lain tau tak :")

Mungkin Allah suruh timba pengalaman dulu sebelum sambung belajar balik. Paling kurang dapatlah tambah duit poket sikit walaupun tak banyak mana. Tapi kalau ikut korang, elok terus belajar ke kerja dulu? Tetiba nak tanya kan padahal dah dapat kerja dah pun. Gaya mak ayah aku macam ingat aku nak kerja permanent sampai suruh cari kerja kerajaan. Uihhh memang belum lagi laa cerita dia sebab aku baru 21 tahun kot, hahahaha. Haruslah aku menimba ilmu sebanyak mungkin. Aku harap mak abah setiasa support keputusan aku ni. Mungkin sekarang aku lebih selesa buat keputusan sendiri dan mengharapkan support dari family. Ehh dah 21 ni bukan main dia punya fikiran. Zaman kekeliruan yang melampau haa sampai taktahu dah nak buat ape. Ape yang aku cakap sekarang ni pun rasa macam berulang je, tak gitu?

Aku harap korang pun doakan yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya aku hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan kita semua, InsyaAllah. Wish me luck! ;)





P/s : Rindu blog :(

Tuesday, June 30, 2015

Finally...


Alhamdulillah, diploma dah habis. Finally! Pejam celik dah 3 tahun buat diploma. Rasa macam tak percaya pun ada... Tapi aku update kali ni taktau nak cakap apa, cuma tengah working on something... Doakan please! Aku tahu apa yang aku nak ni mungkin macam tak masuk akal, tapi orang kata tak salah kalau mimpi sampai ke bintang! So, nanti aku sambung sini lagi ekk. Sekarang tengah cari mood. Oh btw, Selamat Berpuasa! =)








Thursday, May 28, 2015

Quick Update

Hello guys! I'm back to the place where I really belongs to, hahahaha! I really miss my blog and people who read my blog (ada ke?) Well, I've just finished with my internship two weeks ago and currently I'm just staying at home and willingly to be a driver for anyone who needs me. Ohh, kadang-kadang tak suka jugak buat benda tu sebenarnya sebab.....I don't know what to say let's just forget about it.

What I want to share here is that I've lost my writing skills. Yes, I have to admit this. Sedih kan? Ahaaaa dulu ada masa ler nak mengadap laptop and do some writing walaupun ayat tunggang langgang dan ke laut. I've stop blogging for few months because I was focusing with my internship at school. Being a teacher is not a joke, the job itself have telling you that you have so much responsibility on your shoulder.

But don't worry, I will share it to you one day hahahahaha. Only if I have the time to spend more with my blog. Until now, please take care of yourself guys! Bye ;)